- Manusia yang memandu dengan lambat di lane laju (lane paling kanan) di highway/jalan besar: Species ini memang banyak sungguh di Malaysia. Kalau dia drive kat residential area, jalan2 kecil tu tak kisah tapi ini highway kot. Takkan lane laju kat highway PLUS nak drive 60 km/j. Tak cukup dengan itu, bas/lori yang lembab dan panjang pun nak ambik lane laju juga. Dah tahu dia besar, guna jer lah lane belah kiri atau lane tengah.
- Manusia yang memandu sungguh laju kat jalan2 kecil: Species ini pulak opposite of species nombor 1. Time kat residential area/jalan2 kecil....dia nak pergi laju gak. Orang dah drive reasonably fast (90-100 km/j untuk jalan sempit kira laju tuh) pun dia nak tailgate gak. Normally kalau orang tailgate aku dalam situasi begini, aku akan drive lagi slow.
- Manusia yang suka mencilok masuk lane orang time lane dia bergerak lambat: Species ini suka tukar lane bila lane dia bergerak lambat. Kalau dia bagi signal, normally aku akan bagi dia masuk lane tapi kalau dia tak bagi, sori r bro....Wait your turn. Semua orang pun nak balik rumah gak.
- Manusia yang potong queue di pasar malam: Pasar malam merupakan tempat kunjungan ramai jadi memang lar dia crowded. Bila dah nampak ada queue panjang kat stall, pandai2 lar queue. Jangan nak gi potong macam tuh jer. Penjaga stall pun kena pandai2 r jangan layan orang itu dan suruh dia queue. Tapi dia layan jugak orang tu dulu. Dua2 tak boleh harap.
- Manusia yang lepak minum cendol/hisap rokok time khatib berkhutbah: Yang species 1-4 itu menyusahkan orang jer...tak disebut secara specific dalam Islam. Species ke-5 ni memang ada special mention dalam Quran. Patutnya, time khutbah Jumaat...orang dah kena duduk dalam masjid dengar khutbah. Peniaga2 pun tak reti2 gak. Time khatib dah nak bagi khutbah, hentikan lar aktiviti perniagaan kamu itu.
'Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)' (62:9)
The King, his family and U
2 weeks ago
1 comments:
hahaha..manusia species number 4 tu xleh dimaafkan jgk tuee...
tmbh2 tgh queue beli nasi kerabu ker..aym percik ker...kih3..
ape2pon..stuju smua lah dgn semua species tue..jgn kite termasuk sudah la kan...hehe
Post a Comment